Penghuni flat liat ubah mentaliti

Vandalisme yang dikesan di salah satu blok di PPR Harmoni Paya Nahu 2 Sungai Petani. (Gambar kecil: Salah satu blok yang masih dalam proses pembersihan)
Vandalisme yang dikesan di salah satu blok di PPR Harmoni Paya Nahu 2 Sungai Petani. (Gambar kecil: Salah satu blok yang masih dalam proses pembersihan)
A
A
A

SUNGAI PETANI - Perubahan mentaliti penduduk merupakan kunci utama dalam menangani pelbagai permasalahan hidup di flat terutamanya membabitkan kebersihan, vandalisme dan isu sosial.

Pengerusi Persatuan Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni Paya Nahu 2, Sabri Man berkata, flat tersebut tidak terkecuali antara pangsapuri di negara ini yang turut terhimpit dengan isu penderitaan hidup di flat.

Namun katanya, menyedari pentingnya melakukan perubahan kepada mentaliti orang ramai serta penduduk, pihak jawatankuasa PPR menggerakkan pelbagai aktiviti terutamanya membabitkan kebersihan.

Penduduk bekerjasama melakukan gotong-royong bagi memastikan kebersihan PPR Harmoni Paya Nahu 2 terjamin. (Gambar kecil: Sabri Man)
Penduduk bekerjasama melakukan gotong-royong bagi memastikan kebersihan PPR Harmoni Paya Nahu 2 terjamin. (Gambar kecil: Sabri Man)

“Banyak perubahan yang kami telah capai setelah diwujudkan persatuan ini, malah transformasi penduduk dari pelbagai aspek juga dilihat semakin positif.

“Setakat ini beberapa aktiviti termasuk pertandingan keceriaan blok telah dianjurkan dan tidak menyangka bahawa penduduk memberi kerjasama yang baik.

“Alhamdulillah, majoriti penduduk mahukan kan perubahan, mereka sama-sama sertai gotong-royong dan pertandingan, hasilnya, persekitaran dijaga dengan baik, ceria dan bersih,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Salah satu blok di PPR Harmoni Paya Nahu 2 yang memenangi pertandingan keceriaan dianjurkan tahun lalu.
Salah satu blok di PPR Harmoni Paya Nahu 2 yang memenangi pertandingan keceriaan dianjurkan tahun lalu.

Bagaimanapun Sabri mengakui, masih terdapat beberapa kelompok individu yang kekal dengan mentaliti lama yang mengabaikan kebersihan.

“Ada juga penduduk yang masih liat. Mereka ini perlu diberikan lebih motivasi, kesedaran atau kaunseling, bukan sahaja dari sudut kebersihan persekitaran malah peningkatan ekonomi dan kerjaya mereka,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan khas Sinar Harian pada Jumaat yang mendedahkan isu flat kotor dan jijik perlu dipandang serius dan menjadi isu nasional kerana berlaku dibanyak flat di seluruh negara.

Laporan Sinar Harian pada 12 Februari lalu.
Laporan Sinar Harian pada 12 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Flat paling kotor

Kerajaan habiskan RM2 juta untuk Flat Teluk Indah

‘Saya ingat sampai mati’

‘Batu bata pun pernah dilempar ke bawah’