Menteri patut duduk flat

Laporan Sinar Harian pada 12 Februari lalu.
Laporan Sinar Harian pada 12 Februari lalu.
A
A
A

MENURUT seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian, pada masa beliau jadi pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), beliau diwajibkan tinggal bersama sebuah keluarga miskin.

Beliau dan kawan-kawannya dijadikan anak angkat di pelbagai tempat, kebanyakannya rumah orang kampung dan hidup susah. Tujuannya nak dedahkan mereka pada acara hidup sebenar rakyat. Dengan cara itu mereka akan hayati dan faham.

Mereka kemudian akan jadi pegawai PTD dan bantu laksanakan dasar kerajaan. Tanpa pengetahuan first hand kesusahan rakyat, susahlah mereka nak jalankan kerja dengan berkesan.

Menurut pegawai tinggi itu, amalan pelatih PTD semacam itu tidak lagi diteruskan.

Apabila akhbar ini dedahkan keadaan hidup yang sangat menyedihkan di Flat Teluk Indah, Pulau Pinang, cerita pegawai itu muncul ke fikiran Awang.

Alangkah baiknya kalau kita letakkan menteri, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri atau pegawai kanan kerajaan duduk di flat selama seminggu. Tak payah sebulan.

Dalam kes di Perai itu, patut sangat Ahli Dewan Undangan Negeri, P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II tinggal di situ selama seminggu.

Biarlah mereka alami kehidupan sebenar di flat. Biar mereka tahu tempat tinggal yang sekitarnya macam pusat pelupusan sampah, dengan kemudahan awam yang selalu rosak dan penghuni yang tak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Rakyat yang tinggal di flat dah lama menderita. Tapi tak ada siapa yang peduli.