Lebih 35,000 alumni UMT sokong kempen antirasuah

Mohd Khairul Hakimi yakin lebih 35,000 alumni UMT seluruh negara sedia membantu menggerakkan kempen perangi rasuah.
Mohd Khairul Hakimi yakin lebih 35,000 alumni UMT seluruh negara sedia membantu menggerakkan kempen perangi rasuah.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Lebih 35,000 alumni Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia membantu menggerakkan kempen kesedaran tentang bahaya rasuah dalam masyarakat bagi melahirkan generasi lebih berintegriti.

Presiden Persatuan Alumni UMT, Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi berkata, ahlinya yang berada di seluruh negara dalam pelbagai bidang sama ada sektor perkhidmatan awam atau swasta boleh memainkan peranan mengikut kemampuan.

“Persatuan Alumni UMT menyokong usaha #RasuahBuster dan kami boleh membantu kempen ini dengan menanam kesedaran kepada masyarakat bukan saja pelajar universiti malah bermula dari peringkat sekolah lagi.

“Capaian kami paling berkesan adalah melalui keahlian kami seramai 35,000 orang yang ada di seluruh negara dalam pelbagai sektor,” katanya baru-baru ini.

Menurut Mohd Khairul Hakimi, pihaknya menyokong usaha dan gerakan yang dilakukan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar Malaysia bebas daripada sebarang bentuk perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Beliau berkata, rasuah khususnya dalam dunia politik negara ini nampak begitu serius dan jika tidak dirawat sekarang amalan itu dibimbangi memberi pengaruh tidak baik kepada rakyat.

“Bila pemimpin tunjuk budaya tidak baik, ia akan jadi ikutan akar umbi. Jika akar umbi beri signal ia (rasuah) satu kebiasaan kita takut ia akan menular jadi budaya biasa dalam masyarakat.

“Solusinya, akar umbi perlu ada kemahuan untuk tidak memberi sokongan dan menolak mana-mana pemimpin yang mempunyai rekod (rasuah dan penyelewengan), kena berani buat,” katanya.

Artikel Berkaitan: