Wanita pelihara sembilan pelanduk ditahan

Sebahagian pelanduk dipelihara seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Mawat Ulu Melaka di sini pada Sabtu.
Sebahagian pelanduk dipelihara seorang wanita di sebuah rumah di Kampung Mawat Ulu Melaka di sini pada Sabtu.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang wanita berusia 46 tahun ditahan kerana memiliki dan memelihara sembilan pelanduk di Kampung Mawat Ulu Melaka, di sini pada Sabtu.

Komander Pasukan Polis Marian (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, enam anggota PPM Langkawi dan lima anggota dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke sebuah kediaman selepas menerima maklumat Unit Risikan Marin (URM) Langkawi.

“Kita menemui sembilan pelanduk yang dipelihara dan melakukan pemeriksaan di sekitar luar kawasan rumah tersebut.

“Suspek berkenaan gagal mengemukakan surat kebenaran Perhilitan Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Rosman berkata, susulan itu pihaknya menahan wanita berkenaan dan merampas sembilan pelanduk tersebut.

Katanya, pelanduk dianggarkan bernilai RM1,500 dibawa ke Jabatan Perhilitan Langkawi untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan: