Masuk sekolah cari penagih dadah

Mazlan menyampaikan ceramah bahaya dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2.
Mazlan menyampaikan ceramah bahaya dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2.
A
A
A

PASIR MAS - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Pasir Mas akan turun ke sekolah-sekolah di jajahan ini untuk mengadakan ujian saringan air kencing secara rawak ke atas para pelajar.

Pegawai AADK Pasir Mas, Mazlan Idris berkata, ujian itu bertujuan mengesan penglibatan para pelajar dalam penyalahgunaan dadah.

"AADK Pasir Mas akan menjalinkan kerjasama dengan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah untuk menjalankan ujian tersebut.

"Kita membuat ketetapan itu selepas berpandukan kepada maklumat yang pihak kami kesan bahawa 95 peratus penagih dadah adalah mereka yang pernah bersekolah walaupun setakat darjah enam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah bahaya dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 2, di sini.

Menurutnya, bermula bulan ini AADK Pasir Mas akan memberikan penerangan bahaya penyalahgunaan dadah di seluruh jajahan ini.

Katanya, ia bersempena program pendidikan pencegahan dadah yang bermula pada bulan ini.

Mazlan berkata, bagi melancarkan program ini AADK memberikan penerangan kepada kaunselor dan bahagian hal ehwal murid (HEM) berkaitan dengan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: