Penyeludup mungkin guna dron pantau sempadan: ATM

Penyeludup mungkin menggunakan dron untuk memantau sempadan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa. - Foto 123RF
Penyeludup mungkin menggunakan dron untuk memantau sempadan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa. - Foto 123RF
A
A
A

TUMPAT - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menolak kemungkinan penyeludup menggunakan dron bagi memantau kawalan sempadan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan oleh pihak berkuasa.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, walaupun kes sebegini masih belum dikenal pasti namun penyeludup dipercayai lebih kreatif susulan adanya teknologi semasa yang canggih pada hari ini.

"Rondaan agresif di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bawah kendalian ATM sejauh 85 kilometer dari Rantau Panjang ke Jeli sentiasa diperketatkan.

"Rondaan agresif dari masa ke masa dibuat supaya sempadan negara tidak mudah dibolosi oleh aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh menggugat kestabilan negara," katanya kepada pemberita pada Sabtu selepas meninjau Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

Dalam pada itu Zamsari berkata, pihaknya mendapati terdapat lebih 100 laluan tikus digunakan penyeludup untuk melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan kawalan ATM.

Menurutnya, jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan berlaku disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan antara Malaysia dan Thailand.

Artikel Berkaitan: