PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan hingga 1 Mac

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak dilanjutkan hingga 1 Mac ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak dilanjutkan hingga 1 Mac ini.
A
A
A

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak yang dijadual tamat pada Ahad akan dilanjutkan sehingga 1 Mac, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan PKPB itu juga berkuat kuasa di Bahagian Sibu yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga esok (14 Februari).

Keputusan itu diambil susulan keadaan semasa penularan jangkitan Covid-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di Sarawak, menurutnya.

JPBN yang bermesyuarat pada Sabtu juga memutuskan bahawa pergerakan antara zon di dalam negeri ini adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak polis.

“(Selain itu) aktiviti ekonomi seperti pasar harian, pasar borong, pasar tani, pasar malam dan bazar larut malam di zon merah adalah tidak dibenarkan beroperasi,” menurut JPBN.

Sebanyak 152 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di Sarawak pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 6,425 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: