LZS, HTAR bantu urus jenazah warga emas mualaf

Waris keluarga bersama pihak LZS, HTAR dan jawatankuasa Surau Khusyairiah, Sungai Udang membantu menguruskan pengebumian Haris. - Foto Facebook LZS.
Waris keluarga bersama pihak LZS, HTAR dan jawatankuasa Surau Khusyairiah, Sungai Udang membantu menguruskan pengebumian Haris. - Foto Facebook LZS.
A
A
A

KLANG - Ketika masyarakat Tionghua sedang bergembira menyambut Tahun Baharu Cina pada Jumaat, kesedihan menyelubungi keluarga mualaf warga emas Allahyarham Haris Lim Abdullah, 77, yang terpaksa menerima pemergiannya.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu hantaran di Facebook pada hari sama memaklumkan, Haris Lim atau lebih mesra dengan panggilan Pak Cik Haris meninggal dunia akibat penyakit hati.

Pentadbir Facebook itu turut memaklumkan keluarga dan anak-anak Harris yang bukan Islam meminta jasa baik pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan LZS membantu mereka menguruskan pengebumian Allahyarham.

Keluarga Haris memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pengebumian arwah Haris. - Foto Facebook LZS.
Keluarga Haris memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pengebumian arwah Haris. - Foto Facebook LZS.

“Alhamdulillah, kami bersama pihak HTAR serta jawatankuasa Surau Khusyairiah, Sungai Udang membantu menyelesaikan urusan pengebumian Pak Cik Haris.

“Waris telah memberikan kerjasama yang baik dari awal hingga selesai urusan tersebut.

“Semoga ALLAH merahmati roh Pak Cik Haris dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh,” kata pentadbir Facebook itu.

Haris kemudian selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Sireh Selat Klang, di sini.

Artikel Berkaitan: