X

Kindly register in order to view this article
!

Jual nasi kahwin ketika PKP

Orang ramai beratur bagi mendapatkan menu nasi kenduri kahwin.
A
A

GOMBAK - Ketiadaan majlis kahwin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pastinya membuatkan ada di antara kita merindukan menu nasi kenduri.

Pengusaha Uncle Ali Catering, Rojmi Abd Rahman, 63, mengambil inisiatif berniaga nasi beriani di atas lori di tiga lokasi iaitu Batu Muda, Taman Bolton dan Pinggiran Batu Caves.

Rojmi berkata, idea itu tercetus selepas prosedur operasi standard (SOP) PKP yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan keraian, majlis atau kenduri kahwin diadakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Rojmi menawarkan nasi kenduri kahwin di musim PKP.
Rojmi menawarkan nasi kenduri kahwin di musim PKP.

Tambahan pula katanya, di peringkat awal PKP, kerajaan tidak membenarkan makan dalam kedai menyebabkannya memilih untuk tutup kedai di Sri Hartamas dan menjaja di tepi jalan.

"Kalau hari biasa jumlah pelanggan yang makan di kedai boleh cecah 200 orang sehari tetapi apabila buat PKP, yang bungkus makan tak sampai 30 orang. Jadi saya rasa lagi elok tutup kedai buat sementara waktu.

"Alhamdulillah, sambutan yang diterima dengan menjaja di luar menggalakkan. Sehari kita berjaya menghabiskan jualan sekurang-kurangnya 100kg beras (1,080 pek)," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau bangun seawal jam 2.30 pagi untuk memasak dan selesai sekitar jam 7. 30 pagi sebelum persediaan menjaja bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Beliau yang telah menceburi bidang katering sejak 20 tahun lalu berkata, langkah menjaja itu juga dilakukan bagi menyelamatkan 13 pekerjanya daripada hilang pendapatan.

Ayam masak merah yang menjadi menu wajib kenduri kahwin terdapat di Uncle Ali Catering.
Ayam masak merah yang menjadi menu wajib kenduri kahwin terdapat di Uncle Ali Catering.

"Walaupun alami kerugian, saya cuba sedaya upaya bantu mereka. Saya tak nak dikata hanya gunakan mereka ketika senang, ketika susah mereka dibuang pula.

"Lagipun selama ini dah merasa senang, bila ALLAH SWT bagi ujian dengan Covid-19 ini, kita kena terimanya dengan tenang," katanya yang membayar pekerjanya antara RM80 hingga RM100 seorang.

Katanya, beliau juga tidak terlalu meletakkan sasaran untung yang tinggi sepanjang meniaga ketika musim PKP.

"Selain bantu pekerja ada pendapatan, saya juga berniaga sambil bersedekah. Jika yang mana beli lima bungkus saya sedekah satu bungkus.

"Ada juga yang tempah untuk 200 pek pun kita ambil. Walaupun tiada majlis kahwin, namun ada pasangan yang nikah di pejabat agama yang buat tempahan untuk dijamu kepada saudara terdekat," katanya.

Set nasi beriani ayam atau daging, dengan dalca serta papadom dijual RM8 sebungkus sementara set kambing RM12.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!