68 rumah terjejas akibat banjir kilat

Keadaan banjir kilat yang berlaku di empat buah kawasan di Sungai Klau,Jumaat.
Keadaan banjir kilat yang berlaku di empat buah kawasan di Sungai Klau,Jumaat.
A
A
A

RAUB - Sekurang-kurangnya sebanyak 68 buah rumah dinaiki air susulan banjir kilat melanda Kampung Sungai Klau, di sini pada Jumaat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Raub,Leftenan (PA) Ariwan Bambang Ariadi berkata, antara kawasan terjejas dilanda banjir kilat adalah di Taman Maju Sungai Klau, Jalan Sungai Chalit, jalan utama dan Kampung Chalit Melayu akibat hujan lebat berterusan dan air Sungai Chalit yang melimpah.

"Secara keseluruhan sebanyak 68 buah rumah terjejas akibat dinaiki air. Limpahan air sungai berlaku kira-kira jam 6.30 petang. Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan air surut sepenuhnya kira-kira jam 11 malam Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sukarelawan Pahang bertindak memberikan bantuan awal kepada mereka yang terlibat pada Sabtu.

Bantuan awal yang diberikan kepada penduduk terlibat bersama APM,agensi kerajaan serta Sukarelawan Pahang. - Foto ihsan APM
Bantuan awal yang diberikan kepada penduduk terlibat bersama APM,agensi kerajaan serta Sukarelawan Pahang. - Foto ihsan APM

Artikel Berkaitan: