8,000 akaun di Kota Setar dijangka alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Suhaimi Mohd Jusoh
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Suhaimi Mohd Jusoh
A
A
A
ALOR SETAR - Kira-kira 8,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Ahad hingga Isnin berikutan kerja-kerja pembaikan di Rumah Pam Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, jangka masa gangguan termasuklah pemulihan bekalan air air bermula jam 9 malam hingga 9 pagi keesokan harinya.

Katanya, gangguan di beberapa kawasan di daerah Kota Setar berkenaan ekoran kerja-kerja pembaikan paip di rumah pam tersebut bagi mengatasi masalah bekalan air di Jalan PKNK, Jalan Stadium dan sekitarnya.

"Melalui penyelenggaraan berjadual ini, beberapa kawasan terjejas iaitu sepanjang Jalan Stadium, Jalan Putra, Pekan Cina, Pekan Melayu, Pekan Rabu, Jalan Kota, Jalan Sultanah Badlishah, Taman Mahkota dan Market Koboi.

"Lain-lain kawasan terjejas termasuk Jalan Kanchut, Lorong Syed Muhammad, Jalan Penjara, Taman Lam Soon, Lorong Tiong, Kampung Titi Siam, Taman Tunku Habsah, Kompleks Aman Sentral, Bangunan Perkeso, Kondo Aman Suri, Masjid Zahir dan kawasan berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: