X

Kindly register in order to view this article
!

'Ini hanya pemberian kecil berbanding beban tugas mereka'

Sheh Yong berkongsi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dengan memberi limau, air minuman dan angpau kepada pekerja MDG. Foto: FB Foo Sheh Yong.
A
A

GERIK - Seorang guru meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan memberi buah limau, air minuman dan angpau kepada empat pekerja pembersihan Majlis Daerah Gerik (MDG) di Taman Selamat Maju di sini pada Jumaat.

Foo Sheh Yong, 29, berkata, sambutan secara sederhana itu dikongsi bersama mereka yang bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memastikan persekitaran rumah penduduk bersih.

“Ini pemberian kecil sahaja berbanding beban tugas mereka setiap hari.

“Terima kasih kepada mereka kerana sanggup bekerja di bawah terik matahari hanya untuk menjadikan persekitaran lebih bersih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Beliau yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan berkata, pemberian itu adalah didikan yang diterapkan oleh ibu bapanya sejak kecil untuk menghargai sumbangan sesiapa sahaja dalam masyarakat.

Sheh Yong meraikan sambutan Tahun Baharu Cina secara sederhana bersama isteri, anak dan kakaknya di kediamannya di Gerik. Foto: Sheh Yong.
Sheh Yong meraikan sambutan Tahun Baharu Cina secara sederhana bersama isteri, anak dan kakaknya di kediamannya di Gerik. Foto: Sheh Yong.

“Ayah (Foo Say Seng, 61) mengajar kami untuk sentiasa berkongsi sambutan perayaan dengan masyarakat setempat.

“Lagi pun, pemberian buah limau dan angpau ini melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran,” katanya.

Sheh Yong yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuala Rui berkata, tindakannya itu bukan sekadar menunjuk-nunjuk sebaliknya perlu dijadikan inspirasi terutama kepada anak-anak muridnya untuk menghargai mereka yang berkhidmat tanpa mengira kaum.

Katanya, beliau tidak sangka perkongsian gambar dalam Facebook miliknya telah tular di media sosial dan menerima banyak ucapan daripada orang ramai.

“Ucapan daripada orang ramai sedikit sebanyak memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sambutan kali ini agak berbeza kerana kebiasaannya saya meraikannya di kampung. Apa pun yang lebih penting adalah kita mesti patuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!