Maritim tahan bot langgar syarat sah lesen

Sebuah bot nelayan tempatan Kelas A yang ditahan berikutan melanggar syarat sah lesen kira-kira 4.0 batu nautika selatan Kuala Selangor, di sini pada Jumaat.
Sebuah bot nelayan tempatan Kelas A yang ditahan berikutan melanggar syarat sah lesen kira-kira 4.0 batu nautika selatan Kuala Selangor, di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas A kerana melanggar syarat sah lesen kira-kira 4.0 batu nautika selatan Kuala Selangor, di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot itu ditahan KM Ramunia yang sedang melakukan Ops Benteng Laut di perairan itu pada jam 4.20 petang.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, bot dari Tanjong Karang itu dikendalikan tiga lelaki warga Myanmar termasuk tekong yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah namun permit dan pas lawatan sosial telah tamat tempoh.

"Tiga kru warga Myanmar itu berumur lingkungan 18 hingga 38 tahun telah ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai permit serta menggunakan pas lawatan sosial yang tamat tempoh," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohammad Rosli berkata, bot dan tiga kru bersama pelbagai spesies ikan dianggarkan seberat 150 kilogram itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian di laut boleh menyalurkan maklumat kepada Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627.

Artikel Berkaitan: