Shuib, Siti Sarah kena kompaun langgar SOP PKP

Gambar yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook miliknya memaparkan Shuib dan Siti Sarah bersama beberapa individu lain menjamu selera melebihi dua orang semeja. - Foto Ihsan Polis
Gambar yang dimuat naik oleh seorang individu di Facebook miliknya memaparkan Shuib dan Siti Sarah bersama beberapa individu lain menjamu selera melebihi dua orang semeja. - Foto Ihsan Polis
A
A
A

LIPIS - Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing dikenakan RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.

"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit tersebut di Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!