Remaja mabuk tunggang motosikal, langgar SOP ditahan

Ujian saringan alkohol dilakukan terhadap suspek.
Ujian saringan alkohol dilakukan terhadap suspek.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang remaja ditahan selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan ketika sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 9 Jalan Seremban berhadapan Balai Polis Lukut jam 3.30 pagi pada Sabtu.

"Lelaki itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Pekan Lukut menghala ke Kampung Sri Parit.

"Ketika pemeriksaan di SJR, polis mengesyakinya menunggang motosikal dalam pengaruh alkohol. Pemeriksaan saringan alkohol yang dilakukan terhadap suspek telah mengesahkannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, suspek dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan juga kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 semasa tempoh PKP.

Artikel Berkaitan: