X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda maut motosikal terbabas

Mangsa, Muhammad Shahril (gambar kecill) meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan di Tunjong pada tengah malam Sabtu. Foto - Persatuan Kepolisan Komuniti Negeri Kelantan
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki terkorban selepas motosikal jenis Yamaha Y15zr atau Ysuku yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Lebuhraya Salor - Kota Bharu berhampiran Pusat Honda 4S, Tunjung di sini pada Sabtu.

Mangsa, Muhammad Shahril Haizi Che Aziz, 21, beralamat di Kampung Kubang Edang, Peringat, Kota Bharu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, Muhammad Shahril Haizi sebelum itu menunggang motosikalnya dari arah Pasir Mas menghala Kota Bharu.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh di tengah jalan.

“Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal berpunca kegagalan mangsa mengawal motosikal dan mengakibatkan terbabas.

Menurutnya, mayat di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!