Pedofil ditangkap bersama lebih 500,000 fail pornografi

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan merampas lebih 500,000 fail pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam peranti di wilayah tengah Pathum Thani.

Menurut akhbar Bangkok Post, suspek, yang juga pemilik agensi peragaan kanak-kanak, ditangkap dan didakwa semalam kerana memiliki dan mengedar pornografi kanak-kanak serta mencabul ribuan mangsa berusia bawah 13 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Khas (DSI), Korawat Panprapakorn berkata, pihak berkuasa memulakan siasatan selepas Polis Persekutuan Australia memaklum dan memberikan satu imej pornografi kanak-kanak.

Menurutnya hasil sokongan teknikal daripada ‘Operation Underground Railroad (OUR)’, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di California, Amerika Syarikat, membantu pihaknya mengesan dan menangkap suspek di pejabat agensi peragaannya.

“Kami menemukan kamera, sebuah studio dan lebih 500,000 video dan imej pornografi kanak-kanak di premis berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Korawat menasihatkan ibu bapa yang tidak dapat hadir pada sesi fotografi anak-anak mereka supaya selidik dan mengesahkan latar belakang agensi peragaan.

Beliau berkata, DSI akan bekerjasama dengan NGO untuk memberi sesi kaunseling kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: