X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sistem e-PG di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur minggu depan

Sistem e-PG akan diperluas secara rintis di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur minggu depan.
A
A

KUALA LUMPUR - Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (sistem e-PG) akan diperluas secara rintis di Mahkamah Majistret 13 (Trafik), Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur minggu depan (15 hingga 19 Februari).

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan bahawa Orang Kena Saman (OKS) yang mempunyai kes didaftarkan di mahkamah tersebut boleh melayari sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.my bagi tujuan tersebut.

“OKS juga boleh melihat senarai kausa kes secara dalam talian bagi menyemak status pendaftaran kes saman trafik melalui pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList dengan memasukkan lokasi mahkamah dan tarikh sebutan kes.

“Status pendaftaran kes tersebut boleh disemak dalam tempoh dua hari sebelum tarikh sebutan yang dinyatakan dalam saman trafik,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, orang awam yang ingin lebih memahami tatacara prosiding dan menggunakan sistem e- PG boleh melayari portal rasmi Badan Kehakiman di www.kehakiman.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sistem e-PG yang dilancarkan pada 2 Februari lepas, sebelum ini digunakan secara rintis di Mahkamah Majistret Shah Alam, membolehkan orang awam yang mempunyai saman kesalahan trafik membuat pengakuan salah melalui teknologi komunikasi jarak jauh dan tidak perlu hadir secara fizikal ke mahkamah.

Sistem itu bertujuan mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik untuk hadir ke mahkamah selain dapat menjimatkan masa, wang, menjaga keselamatan dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!