Mutasi Covid-19 dari UK beri risiko besar kepada Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Penularan mutasi baharu Covid-19 dari United Kingdom, Brazil atau Afrika Selatan merupakan risiko paling besar bagi Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, mutasi tersebut dilaporkan menjangkit kepada manusia dengan kadar yang jauh lebih laju.

“Jangkitan tersebut mudah terkena kepada orang muda serta kanak-kanak dan kadar kematian juga lebih tinggi.

“Kesannya akan menyebabkan negara semakin parah disebabkan sistem kesihatan sudah melepasi kapasiti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Pada 11 Januari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes Covid-19 varian B117 United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut telah dikesan daripada seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK pada Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia kesan kes pertama varian B117

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Najib berkata, Victoria, Australia mengumumkan 'lockdown' selama lima hari bermula malam ini setelah mengesan satu kluster baharu dengan 13 kes positif melibatkan mutasi UK Covid-19.

“Kluster tersebut berpunca daripada satu keluarga yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari setelah pulang dari luar negara,” katanya.

Katanya, Victoria memanfaatkan pengajaran pada tahun lepas apabila terpaksa melaksanakan lockdown hampir tiga bulan.

“Kini, negeri tersebut mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melaksanakan 'lockdown' secara ketat yang singkat dan bukan separuh masak tetapi dilanjutkan berkali-kali,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Australia merupakan negara yang paling berjaya mengawal penularan wabak tersebut.

ARTIKEl BERKAITAN: Covid-19: Lagi kes varian B117 dikenal pasti

Varian B.1.1.7 lebih mudah menular