Harga RON95, RON97 dan diesel naik lagi

Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh 13 Februari sehingga 19 Februari 2021.
Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh 13 Februari sehingga 19 Februari 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula 13 Februari sehingga 19 Februari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 ialah RM1.96 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 ialah RM2.26 seliter.

"Harga runcit diesel naik daripada RM2.11 sen seliter kepada RM2.15 seliter," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: