X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak maut dilanggar jip di depan rumah

Kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenderaan jenis jip di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak pada Khamis.
A
A

TAWAU - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar kenderaan jenis jip di hadapan rumahnya di Lorong Semarak 2A/6, Taman Semarak di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mangsa, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Katanya, dalam kejadian pada 4.20 petang itu, pemandu berusia 69 tahun bersama isterinya dalam perjalanan ke rumah sepupu mereka untuk menghantar barang.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pemandu terdengar suara kanak-kanak berteriak dan terus memberhentikan kereta.

"Pemandu mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring dalam keadaan cedera parah berhampiran tayar hadapan sebelah kanan jip berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!