Pengebumian jenazah pesakit COVID-19

A
A
A

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan garis panduan pengendalian jenazah pesakit COVID-19 iaitu ahli keluarga tidak dibenarkan untuk mengurus jenazah di rumah atau tempat lain sebaliknya jenazah akan diuruskan sepenuhnya di hospital. Hanya seorang ahli keluarga dibenarkan untuk mengenal pasti (identify) jenazah dengan penjarakan satu meter dan memakai kelengkapan PPE dan tidak dibenarkan sama sekali mencium dan menyentuh jenazah.

Semua jenazah pesakit COVID-19 akan dibalut dengan sehelai linen putih dan dua (2) lapisan beg mayat. Lapisan paling luar beg mayat akan disanitasi dengan 0.5% sodium hypochlorite. Ahli keluarga dilarang untuk membuka beg mayat atau keranda yang telah ditutup (sealed coffin).

Pengendali jenazah juga diwajibkan memakai kelengkapan PPE dan mencuci tangan selepas menguruskan jenazah untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan. Bilangan individu yang menunaikan solat jenazah perlu dihadkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak KKM.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia