Gagal rentas negeri naik bas ekspres

Pemeriksaan terhadap penumpang dalam bas tersebut di sekatan jalan raya Kampung Asap KM 12 Jalan Bentong-Raub,Jumaat
Pemeriksaan terhadap penumpang dalam bas tersebut di sekatan jalan raya Kampung Asap KM 12 Jalan Bentong-Raub,Jumaat
A
A
A

BENTONG - Dua lelaki tidak berjaya merentas negeri tanpa surat kebenaran dengan menaiki bas ekspres susulan polis membuat pemeriksaan terhadap pengangkutan awam itu ketika sekatan jalan raya di Kampung Asap Kilometer (KM) 12 Jalan Bentong-Raub pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dua lelaki tempatan berusia 29 dan 21 tahun itu didapati tidak memiliki dokumen kebenaran rentas negeri yang sah daripada pihak polis ketika menaiki bas ekspres dari Selangor menuju ke Kelantan lalu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Dokumen milik penumpang diperiksa oleh pasukan pemantau dalam operasi tersebut
Dokumen milik penumpang diperiksa oleh pasukan pemantau dalam operasi tersebut

"Operasi kira-kira jam 12.40 pagi itu dilakukan oleh pasukan pemantau Op Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Seramai 23 penumpang diperiksa dalam pengangkutan awam tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki terbabit tidak memiliki dokumen rentas negeri yang sah daripada pihak polis. Kompaun dikeluarkan kepada kedua-dua lelaki itu kerana ingkar arahan dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kedua-duanya melakukan kesalahan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Artikel Berkaitan: