Dua lelaki ditahan bawa ayam sejuk beku secara haram

Ayam sejuk beku yang dirampas polis diserahkan kepada Maqis untuk tindakan lanjut.
Ayam sejuk beku yang dirampas polis diserahkan kepada Maqis untuk tindakan lanjut.
A
A
A

JELI - Polis merampas 6,600 kilogram (kg) ayam sejuk beku dengan nilaian keseluruhan rampasan RM60,500 di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, bertindak atas maklumat, anggotanya telah menahan sebuah lori yang dinaikki dua lelaki berusia 27 dan 18 tahun pada jam 9 pagi di belakang sekolah terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di dalam lori tersebut telah menjumpai sejumlah 550 kotak berisi ayam sejuk beku dipercayai di seludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan di Kelantan.

"Kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang permit import yang sah oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta sijil kesihatan dikeluarkan dari negara asal untuk membawa ayam sejuk beku tersebut ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ahmad berkata, pihaknya turut merampas lori tersebut dan kesemua tangkapan berserta rampasan diserahkan kepada Maqis.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: