India, China setuju zon bebas tentera di sempadan

Pertempuran yang tercetus di sempadan India dan China pada Jun 2020 adalah yang terburuk sejak krisis pada 1967. - Foto: Agensi
Pertempuran yang tercetus di sempadan India dan China pada Jun 2020 adalah yang terburuk sejak krisis pada 1967. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - India dan China mencapai kesepakatan untuk kembali kepada kedudukan asal di sepanjang Garisan Kawalan Sebenar (LoC) di wilayah Ladakh bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara kuasa nuklear tersebut sejak pertempuran tercetus pada Jun tahun lalu.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pertahanan India pada Khamis sekali gus mengesahkan New Delhi dan Beijing bersetuju untuk berundur daripada kawasan yang menjadi pertikaian di Tasik Pangong di barat Himalaya selepas mengadakan beberapa pusingan rundingan.

"Persetujuan dicapai untuk memulihkan semula situasi di sempadan secara berperingkat," ujar Rajnath Singh di Parlimen.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan di China juga mengesahkan pasukan tentera barisan hadapan kedua-dua negara sudah mula dipanggil pulang.

Pada Jun tahun lalu, sekurang-kurangnya 20 anggota tentera India terkorban dalam pertempuran di Lembah Galwan yang terletak antara wilayah Tibet di China dan Ladakh di India.

Artikel Berkaitan: