Warga emas cedera jatuh dari pokok jering

Anggota bomba mengusung warga emas yang cedera akibat terjatuh dari pokok jering di Kampug Air Manis, Kulai pada Khamis.
Anggota bomba mengusung warga emas yang cedera akibat terjatuh dari pokok jering di Kampug Air Manis, Kulai pada Khamis.
A
A
A

KULAI - Seorang warga emas cedera apabila terjatuh dalam parit semasa memanjat pokok jering di Kampug Air Manis di sini pada Khamis.

Husin A Manap, 68, mula memanjat kira-kira jam 3 petang sebelum terjatuh, sekali gus masuk dalam parit bersebelahan pokok berkenaan.

Warga emas tersebut cedera dan tidak dapat naik selepas jatuh dalam parit pada kedalaman kira-kira 2 meter itu.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Azizan Aziz berkata, mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada Pembantu Pegawai Perubatan untuk dihantar ke Hospital Kulai bagi rawatan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 2.10 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: