X

Kindly register in order to view this article
!

Kemasukan Gerakan persis rekonsiliasi politik nasional

Wan Ahmad Fahysal
A
A

SHAH ALAM - Kemasukan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam Perikatan Nasional (PN) persis rekonsiliasi politik nasional sewaktu zaman Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, walaupun latarnya yang berbeza, penyertaan parti itu ketika waktu 'darurat' dilihat bukti PN bukan sekadar mendahulukan orang Melayu-bumiputera tetapi melihat kepentingan masyarakat berbilang kaum seluruhnya sebagai satu keluarga besar anak Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Armada ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada adik beradik daripada Gerakan ke dalam koalisi PN.

“Moga kerjasama erat dan tautan kasih ini membuka lembaran baharu dalam membina Malaysia dengan silang budaya yang lebih utuh dan harmoni di bawah naungan PN dalam mengembalikan Malaysia selaku simbol keharmonian masyarakat asia yang sebenar,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Gerakan secara rasmi menganggotai PN sebagai parti komponen dan ia disahkan Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, penyertaan Gerakan yang diasaskan Profesor Syed Hussein Alattas, Dr Lim Chong Eu dan V Veerappen dalam gabungan parti yang menerajui kerajaan juga dilihat sebagai bukti kemajmukan masyarakat dalam Malaysia.

“Bagi membantu memperkukuhkan lagi PN yang didominasi oleh parti berjalur masyarakat majoriti daripada kelompok bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak seperti Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti berteraskan Islam seperti Pas,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!