X

Kindly register in order to view this article
!

Agong, Permaisuri ucap selamat Tahun Baharu Cina

Al-Sultan Abdullah
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu, esok.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dimuat naik menerusi hantaran sebuah poster di akaun Instagram dan Facebook Istana Negara, @istana_negara pada Khamis.

"Semoga anda dan keluarga yang disayangi dilimpahi kemakmuran, kesihatan yang baik, kegembiraan dan semangat muhibah antara kalangan rakyat Malaysia.”

Menerusi poster itu, Seri Paduka Baginda berdua turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati, mengamalkan penjarakan fizikal dan jaga diri semasa meraikan sambutan dalam suasana normal baharu. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!