Model khas gajet elektronik atasi masalah bekalan dan harga laptop

Rosol (kiri) melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini pada Khamis.
Rosol (kiri) melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bercadang untuk menetapkan model khas gajet elektronik seperti komputer riba atau tablet mampu milik, bagi mengatasi masalah bekalan dan harga yang tinggi di pasaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, idea itu dizahirkan bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa yang perlu membeli gajet untuk keperluan sekolah anak mereka menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, model khas alat peranti itu nanti akan memenuhi spesifikasi minimum PdPR.

Rosol (dua dari kanan) semasa melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini Khamis.
Rosol (dua dari kanan) semasa melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini Khamis.

"Di peringkat kementerian, kita melihat ini salah satu cara untuk menentukan atau mengawal harga peranti ini kerana ia menjadi keperluan untuk belajar dan untuk mereka yang terpaksa bekerja dari rumah.

"Satu pertemuan akan diadakan dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan pemain industri dalam masa terdekat untuk melihat keperluan sekiranya produk khas ini boleh dilaksanakan dengan perisian yang ditetapkan pada harga yang minimum.

"Pelaksanaan ini diharap akan dapat menyelesaikan masalah rungutan masyarakat yang mengatakan bahawa harga gajet yang tinggi sehingga membebankan ibu bapa terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Rosol (kanan) mendengar penerangan daripada salah seorang penjual semasa melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini Khamis.
Rosol (kanan) mendengar penerangan daripada salah seorang penjual semasa melakukan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Panji Curve, di sini Khamis.

Hadir sama, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab.Rahman dan Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd Kia.

Ditanya tentang harga model khas alat peranti yang akan dibuat itu, Rosol berkata, harga masih belum ditentukan dan pihaknya menjangkakan harga yang lebih berpatutan.

"Ia akan dilengkapi dengan perisian yang diperlukan untuk pelajar menjalani PdPR, tapi kita akan pastikan harganya mampu milik agar semua golongan mampu memilikinya.

"Bagaimana perlaksanaan dan agihannya nanti, kita akan tentukan selepas pertemuan dengan pihak yang berkaitan," katanya.