Dua lelaki dicekup jual mercun tanpa permit

Pelbagai jenis mercun dirampas daripada dua lelaki di Taman Muda di sini pada Rabu.
Pelbagai jenis mercun dirampas daripada dua lelaki di Taman Muda di sini pada Rabu.
A
A
A

AMPANG – Dua lelaki ditahan disyaki menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Muda di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Eshak berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Pandan Indah menahan dua lelaki berusia 57 dan 58 tahun itu pada jam 10 malam.

"Kita telah membuat pemerhatian terhadap dua lelaki dalam keadaan mencurigakan selama 20 minit sebelum menangkap mereka yang sedang leka menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamed Farouk berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai permit menjual, memiliki dan membeli bunga api yang dikeluarkan.

"Pemeriksaan lanjut, kita telah merampas 153 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM1,500 yang disimpan di dalam kenderaan jenis Toyota Camry dan Perodua Kenari. Kedua-dua lelaki itu telah di bawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut.

"Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod dadah dan satu rekod jenayah.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah seksyen 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923.

Artikel Berkaitan: