Beri peluang pekerjaan kepada OKU

Sektor kerajaan dan korporat disaran supaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU ketika negara berdepan dengan Covid-19.
Sektor kerajaan dan korporat disaran supaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan OKU ketika negara berdepan dengan Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sektor kerajaan dan korporat disaran supaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), terutamanya dalam kalangan B40 ketika negara berdepan dengan Covid-19.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, sekiranya semua pihak memberi peluang kepada komuniti itu untuk berkhidmat di sektor masing-masing, ia dapat meningkatkan peratusan pengambilan golongan berkenaan untuk bekerja, sekali gus membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

"Tapi kita tidak melakukan ini sendirian sahaja, kita semua kena bekerjasama. Semua kementerian harus berganding bahu untuk memberi peluang kepada golongan OKU bekerja dan begitu juga sektor korporat.

"Bagaimana hendak memberi peluang ini, kita perlu sentiasa adakan public service announcement, kempen kesedaran mengenai OKU, selalu menguar-uarkan mengenai peluang pekerjaan seperti dilakukan Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), khususnya Jabatan Pembangunan OKU.

"Kami di portal OKU Sentral juga cuba menguar-uarkan kepada sahabat OKU lain semua tentang peluang yang ada," kata Ahli Dewan Negara itu dalam Buletin Awani Khas dengan topik 'Golongan OKU Berisiko Dihimpit Kemiskinan' pada Rabu.

Bagaimanapun, katanya, peluang tersebut tidak akan wujud sekiranya masih terdapat pihak yang enggan memberi ruang kepada OKU untuk bekerja. - Bernama.

Artikel Berkaitan: