Tarikh tutup tawaran ambil alih Felda dilanjut hingga 2 Mac

Tarikh tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Felda untuk memperoleh baki pegangan dalam FGV Holdings Bhd telah dilanjutkan lagi sehingga 2 Mac.
Tarikh tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Felda untuk memperoleh baki pegangan dalam FGV Holdings Bhd telah dilanjutkan lagi sehingga 2 Mac.
A
A
A

TARIKH tutup penerimaan tawaran pengambilalihan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk memperoleh baki pegangan dalam FGV Holdings Bhd telah dilanjutkan lagi sehingga 2 Mac.

“Tawaran itu akan kekal terbuka untuk diterima sehingga pukul 5 petang pada tarikh tutup yang dilanjutkan, melainkan dilanjutkan lagi mengikut peraturan atau seperti yang diputuskan oleh Felda...selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh tutup yang dilanjutkan,” kata Maybank Investment Bank Bhd dalam satu kenyataan bagi pihak Felda.

Setakat 10 Feb, jumlah saham yang dipegang Felda dan pihak yang bertindak bersama dengannya (PAC) dalam FGV berjumlah 2.62 bilion saham, bersamaan dengan pegangan 71.95 peratus dalam syarikat itu.

Menurut Maybank Investment Bank, FGV tidak memenuhi syarat pegangan saham awam minimum sebanyak 25 peratus kerana ia hanya menyumbang 23.93 peratus setakat 4 Februari.

Ia juga berkata Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama Bursa Securities. - Bernama

Artikel Berkaitan: