Jijoe imbas detik ngeri tertusuk kayu

Azizulhasni terpaksa dipapah selepas ditimpa insiden ngeri pada Siri Piala Dunia Klasik 2011 di Manchester.
Azizulhasni terpaksa dipapah selepas ditimpa insiden ngeri pada Siri Piala Dunia Klasik 2011 di Manchester.
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mengimbas kembali insiden ngeri ketika bersaing pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester kira-kira 10 tahun lalu yang mengakibatkan kakinya tertusuk serpihan kayu trek.

Menurut Azizulhasni, peristiwa hitam dalam kariernya itu seolah-olah menjadi pembakar semangat kepadanya untuk menempa kejayaan di pentas antarabangsa.

"Kenangan kemalangan tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter yang menembusi betis saya masih segar di ingatan. Pelbagai tekanan yang saya tempuhi ketika itu.

"Emosi, fizikial dan tekanan dari pelbagai sudut untuk kembali ke puncak prestasi. Pilihan paling mudah waktu itu adalah untuk gantung basikal dan mencari arah baru.

"Tetapi saya tidak menjadikannya sebagai suatu pilihan buat diri saya. Saya percaya, setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu hadir dengan sebuah kemanisan," kata Azizulhasni dalam entri terbaharu dalam laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

Serpihan kayu yang tertusuk di betis Azizulhasni.
Serpihan kayu yang tertusuk di betis Azizulhasni.

Selepas 10 tahun insiden malang itu berlaku, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman kini boleh berbangga apabila kembali mengungguli carta nombor satu dalam acara pecut individu.

"Dan semua itu adalah untuk hamba-Nya yang hebat. Tahukah anda yang setiap dari kita ini adalah hebat. Cumanya, tingkatan hebat itu berbeda-beda, bergantung kepada betapa besar ujian yang kita sanggup harungi.

Artikel Berkaitan:

"Puan-puan, Tuan-tuan, adik-adik, kakak-kakak serta abang-abang. Saya harap kalian semua tidak mudah berputus asa dengan kehidupan serta apa jua pekerjaan anda sekalian.

"Anda berhak merasai kemanisan yang telah di tetapkan untuk anda semua. Pokoknya, sanggup atau tidak kita untuk mengharungi kepayahan itu," ujarnya.