Polis kesan saksi penting kes dadah

TEH WOON CHUAN
TEH WOON CHUAN
A
A
A

KAJANG - Polis mengesan seorang lelaki yang juga saksi penting dalam perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada 22 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki dikenali sebagai Teh Woon Chuan, 33, dikesan tinggal di alamat terakhir di Kampung Baru Ampang.

"Justeru, kita memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi penting kes berkenaan atau Woon Chuan tampil sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Linda Abdol Wahab di talian 019-9440193," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, perbicaraan kes dadah itu dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: