KPLB sasar 60,000 dekoder MyTV kepada orang asli

Abdul Rahman menyerahkan dekoder MyTV kepada Razali (kiri) di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.
Abdul Rahman menyerahkan dekoder MyTV kepada Razali (kiri) di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.
A
A
A

BALING - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan 60,000 isi rumah masyarakat orang asli seluruh negara akan menikmati pengagihan dan pemasangan dekoder MyTV bagi memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia bagi memastikan masyarakat luar bandar terutama orang asli tidak ketinggalan dari aspek pendidikan dengan mengikuti rancangan TV pendidikan yang disediakan.

Bantuan berkenaan katanya dapat membantu komuniti orang asli yang berdepan cabaran dalam PdPR termasuk kekurangan akses internet dan alat elektronik seperti tablet, telefon bimbit dan komputer.

Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Luar Bandar Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali bersama murid orang asli mengikuti PdPR di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.
Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Luar Bandar Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali bersama murid orang asli mengikuti PdPR di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.

"Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifudin Abdullah sebelum ini menetapkan keutamaan akan diberikan kepada masyarakat orang asli," katanya ketika hadir melancarkan Program Pemasangan MyTV serta Penyerahan Dividen kepada Peserta TSB Fasa 1 dan 2 Kampung Lubuk Legong di sini pada Khamis.

Turut disampaikan ialah sebanyak 60 unit decoder MyTV kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk diagihkan kepada komuniti orang asli Lubuk Legong yang terdiri daripada Suku Kensui.

Beliau berkata, bantuan tersebut merupakan penyelesaian jangka masa pendek KPLB bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh murid orang asli.

Artikel Berkaitan:

Abdul Rahman (kanan) beramah mesra dengan Anis Suraya Roslan,12, dari Suku Kaum Kensui yang mengikuti PdPR di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.
Abdul Rahman (kanan) beramah mesra dengan Anis Suraya Roslan,12, dari Suku Kaum Kensui yang mengikuti PdPR di Kampung Lubuk Legong, Baling pada Khamis.

"Bagi penyelesaian jangka masa panjang, KPLB sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik bagi kaedah PdPR untuk masyarakat luar bandar yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh panjang," katanya.

Menurutnya, selepas pelancaran itu, pihaknya akan bergerak ke negeri lain pula.

"Kita ada juruteknik yang akan membuat pemasangan secara percuma. Kita pasang dan lantik kontraktor pemasangan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman turut membuat penyerahan dividen berjumlah RM12,300 kepada 42 orang peserta projek ladang getah di Kampung Lubuk Legong dan penyerahan set termometer, pelitup muka serta cecair pembasmi kuman kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Sementara itu, Tok Batin Suku Kensiu, Razali Kulim berkata, pelaksanaan sesi kelas khas yang diadakan di Dewan Orang Ramai Orang Asli Suku Kensiu, Kampung Lubok Legong menjadi platform terbaik buat komuniti berkenaan.

Antara komuniti Orang Asli Suku Kensui yang menikmati kemudahan PdPR di Dewan Orang Ramai, Kampung Lubuk Legong Baling Kedah.
Antara komuniti Orang Asli Suku Kensui yang menikmati kemudahan PdPR di Dewan Orang Ramai, Kampung Lubuk Legong Baling Kedah.

"Terima kasih buat semua pihak yang membantu termasuk pemberian dekoder MyTV yang membolehkan sesi PdPR berlangsung di sini seperti dinikmati murid lain di luar sana.

"Kita tak mahu anak-anak ketinggalan kerana tidak boleh ke sekolah. Ibu bapa juga tidak arif untuk mengajar jadi dengan adanya dekoder MyTV, kita boleh anjurkan kelas dan murid ikuti pembelajaran secara norma baharu," katanya.