Bukan semua peminjam mahukan moratorium: Gabenor BNM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukan semua peminjam mahukan moratorium bagi pinjaman yang dibuat mereka.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, ia berdasarkan sebanyak 55 peratus peminjam memilih pelanjutan moratorium, manakala 45 peratus lagi sebaliknya memilih pengurangan ansuran bulanan.

Justeru, katanya, pelaksanaan moratorium secara bersasar lebih tepat berbanding moratorium secara 'pukul rata'.

"Ini jelas memperlihatkan bahawa peminjam tidak meminta moratorium (secara) ‘pukul rata’. Mereka tidak mahukan satu penyelesaian untuk semua masalah.

“Peminjam mahukan bantuan yang disesuaikan dengan keadaan kewangan mereka," katanya pada sidang akhbar pengumuman prestasi ekonomi suku keempat 2020 secara maya di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desakan segelintir pihak yang mahukan moratorium secara automatik dilanjutkan.

Sementara itu, beliau bekata, setakat 31 Disember lalu, seramai 1.4 juta peminjam memohon bantuan pembayaran balik dengan bank di mana kadar kelulusan adalah 95 peratus.

Artikel Berkaitan: