Dua pesakit Covid-19 disyaki mencuri di pusat kuarantin

Gambar tular di media sosial pesakit Covid-19 yang disyaki mencuri ditahan polis.
Gambar tular di media sosial pesakit Covid-19 yang disyaki mencuri ditahan polis.
A
A
A

SEPANG - Dua pesakit Covid-19 ditahan untuk pengasingan kerana disyaki mencuri empat telefon bimbit milik pesakit lain di Dewan C, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di pusat tersebut berhubung kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, dua pesakit ditahan dan diasingkan kerana disyaki mencuri empat buah telefon bimbit milik pesakit lain. Kedua-dua suspek telah dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan.

"Suspek akan ditangkap selepas mereka bebas daripada Covid-19 untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: