Penunggang motosikal menggigil ditahan polis

Anggota JPJ memeriksa dokumen sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Anggota JPJ memeriksa dokumen sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang nekad melawan arus bagi mengelak diperiksa polis dalam Op Selamat 14 di kilometer 2.5 arah Rawang-Shah Alam Lebuhraya Koridor Guthrie tengahari tadi.

Namun tindakan lelaki berusia 21 tahun itu dapat dihalang polis yang mengejarnya kira-kira 30 meter dan sejurus ditahan, tangan lelaki itu menggigil hampir 2 minit sehingga sukar mengeluarkan kad pengenalan dari beg duitnya untuk di pemeriksa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu melakukan dua kesalahan jalan raya iaitu menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak menunggang di lorong khas motosikal.

Anggota polis mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik.
Anggota polis mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik.

"Dia dipercayai bertindak demikian selepas panik apabila melihat sekatan jalan raya di sini.

"Namun tindakannya itu (berpatah balik dan melawan arus lalu lintas) sangat berisiko dan boleh mengundang bahaya yang lebih besar," katanya.

Menurutnya, operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 1 petang.

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal berusia 21 tahun ini cuba melarikan diri dengan berpatah balik melawan arus jalan raya.
Penunggang motosikal berusia 21 tahun ini cuba melarikan diri dengan berpatah balik melawan arus jalan raya.

"Sebanyak 375 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. Selain kesalahan tidak mempunyai lesen dan memandu di lorong kecemasan mejoriti yang disaman adalah penunggang motosikal kerana tidak menggunakan lorong khas kenderaan itu.

"Dalam op ini, polis dan JPJ memeriksa 325 kenderaan dan motosikal adalah yang paling banyak iaitu, 273.

"Operasi berjalan lancar dan tidak ada individu yang ditahan," katanya lagi.