X

Kindly register in order to view this article
!

Hotel SCAPES beri pengalaman percutian menarik

Hotel SCAPES direka dengan jalinan elemen-elemen flora dan fauna malar segar yang ditampilkan di rekaan dalaman hotel butik ini.
A
A

SHAH ALAM- Pemaju perbandaran terkemuka, Kumpulan LBS Bina Berhad (LBS) mengadakan prapelancaran pembukaan hotel baharu, Hotel SCAPES di Genting Highlands, Pahang.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, hotel baharu itu mempunyai 10 tingkat dan menawarkan 176 bilik di kawasan utama tanah tinggi Pahang dijangka memberikan pengalaman percutian menarik kepada tetamu hotel.

Menurut Hock San, antara kemudahan yang ditawarkan di Hotel SCAPES termasuklah gimnasium, kolam renang, kolam kanak-kanak, jakuzi luar dan zon permainan bagi kanak-kanak.

“Tetamu yang menginap di hotel boleh menikmati kesemua kemudahan ini sebelum meneroka kawasan-kawasan utama tumpuan pelancong yang berhampiran termasuklah padang golf, taman tema, gedung membeli belah, Genting Premium Outlet dan peluang merasai pengalaman kereta kabel yang menyeronokkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pembukaan hotel itu menandakan pertumbuhan berterusan portfolio hartanah LBS.

Hotel SCAPES menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti termasuk gim, jakuzi luar, kolam renang dan zon permainan kanak-kanak.
Hotel SCAPES menawarkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti termasuk gim, jakuzi luar, kolam renang dan zon permainan kanak-kanak.

“Kami berbangga dengan prapelancaran sulung Hotel SCAPES @ Midhills. Kami percaya ia bakal memberi pengalaman dan memori yang indah kepada bakal pengunjungnya,” katanya.

Hock San berkata, sempena dengan pra-pelancaran Hotel SCAPES ini, LBS mengalu-alukan semua kakitangan awam untuk menikmati pengalaman menginap di Hotel yang berkonsepkan keindahan flora dan fauna dengan tawaran eksklusif bagi bilik Deluxe dengan hanya RM 190 untuk satu malam termasuk sarapan bufet.

“Tawaran ini bermula dari Mac sehingga September 2021. Ia sebagai salah satu inisiatif LBS bagi menghargai segala jasa dan penat lelah kakitangan barisan hadapan yang bertungkus lumus bertugas menangani penularan Covid-19,” katanya.

Bagi sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 03 6106 0833 atau emel di [email protected].


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!