KDNK tahun 2020 menyusut, penurunan terbesar sejak 1998

Mohd Uzir Mahidin
Mohd Uzir Mahidin
A
A
A

SHAH ALAM - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi keseluruhan tahun 2020 menyusut 5.6 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia juga merupakan penurunan terbesar direkodkan sejak 1998 iaitu negatif 7.4 peratus.

Katanya, prestasi itu didorong oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 yang merencatkan usaha untuk memulihkan ekonomi.

"Ekonomi Malaysia menyusut 3.4 peratus pada suku keempat tahun 2020.

"Dengan prestasi ini KDNK bagi keseluruhan tahun 2020 menyusut 5.6 peratus, yang merupakan penurunan terbesar sejak 1998," katanya pada sidang akhbar pengumuman prestasi ekonomi suku keempat 2020 secara maya pada Khamis.

Sidang akhbar secara maya it turut disertai Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Katanya, hampir kesemua sektor ekonomi negara mencatatkan penurunan sepanjang tempoh suku keempat tahun tersebut bagaimanapun hanya sektor pembuatan pertumbuhan positif sepanjang tempoh tersebut.

"Penurunan ketara adalah sektor perkhidmatan disebabkan penyusutan subsektor berkaitan industri pelancongan akibat sekatan perjalanan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia didorong oleh penurunan ketibaan pelancong asing ke negara ini selain sekatan rentas negeri.