Kesan 19 premis komputer naikkan harga

Norena (kiri) menunjukkan tomato antara sayur-sayuran yang termasuk dalam skim kawalan harga sempena perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 di pasaraya Tesco Bandaraya Melaka di sini, pada Khamis.
Norena (kiri) menunjukkan tomato antara sayur-sayuran yang termasuk dalam skim kawalan harga sempena perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 di pasaraya Tesco Bandaraya Melaka di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 19 pemilik premis peralatan elektronik dan komunikasi termasuk komputer di negeri ini dikesan menaikkan harga susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Norena Jaafar berkata, kesemua premis telah disiasat dan mereka diberikan notis untuk mengemukakan dokumen berkaitan harga jualan barangan tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu 15 dilaporkan berlaku di daerah Melaka Tengah dan selebihnya di daerah Alor Gajah dan Jasin.

"Berdasarkan aduan itu kami memeriksa 19 premis di sekitar negeri ini dan hasil pemeriksaan KPDNHEP Melaka telah mengekuarkan notis berhubung perkara itu bagi tujuan siasatan kenaikan harga.

"Mereka telah diminta untuk mengemukan statistik harga semasa barangan dijual dan harga sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membuat perbandingan peningkatan kadar jualan barangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2021 di pasaraya Tesco Bandaraya Melaka di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya juga giat membuat pemantauan penjualan dalam talian bagi mengesan sekiranya berlaku penipuan membabitkan pembelian keperluan pembelajaran itu selepas kerajaan melaksanakan pembelajaran secara PdPR.

"Pemeriksaan berkaitan kenaikan harga alat elektronik dan komputer itu dilakukan mengikut Op Catut 8.0 (Kelengkapan Elektronik-Komunikasi)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga telah mengeluarkan tiga kompaun terhadap tiga premis pakaian yang berdegil membuka perniagaan bermula 13 Januari hingga semalam.

"Kompaun yang dikeluarkan mengikut mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dengan kadar denda sebanyak RM1,000," katanya.