Tewaskan Spurs kejayaan mengkagumkan

Sigurdsson
Sigurdsson
A
A
A

KAPTEN Everton, Gylfi Sigurdsson menyifatkan kemenangan 5-4 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan kelima Piala FA di Goodison Park awal pagi Khamis sebagai kejayaan yang mengkagumkan.

Menurut Sigurdsson, kemenangan itu dilihat cukup bermakna kerana turut menyaksikan sembilan gol dijaringkan pada perlawanan berkenaan.

Katanya lagi, kesemua gol berkenaan turut menggambarkan kerancakan perlawanan berkenaan.

“Bagi saya mungkin perlawanan ini agak menarik untuk ditonton, tetapi walau apa pun ia sesuatu yang menakjubkan apabila kami berjaya bangkit pada perlawanan ini untuk menang.

“Bagaimanapun, selepas ini kami perlu memberikan perhatian terharap asakan-asakan lawan terutamanya dari segi set-pieces kerana tiga gol yang berjaya dijaringkan lawan adalah daripada sepakan penjuru,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pelawat menjaringkan gol menerusi Davidson Sanchez pada minit ke-43 dan 57, Erik Lamala (45) dan Harry Kane (83) manakala Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol pada minit ke-36, Richarlison (38,68), Signurasson (43) dan Bernard menjaringkan gol kemenangan The Toffees pada minit ke-97, pada masa tambahan.

Sementara itu Sigurdsson menyifatkan aksi berdepan Spurs sebagai antara aksi terbaik yang pernah dilaluinya.

Malah katanya, asakan-asakan yang dilancarkan skuad The Lilywhites itu dilihat agak merbahaya hingga nyaris menghukum benteng pertahanan The Toffees.

Artikel Berkaitan:

“Mereka (Spurs) telah beraksi dengan baik, terutamanya menerusi serangan-serangan balas ke kubu kami.

“Namun pujian juga harus diberikan kepada pemain kami yang juga beraksi dengan baik sehingga ke penghujung perlawanan dan seterusnya menjaringkan lima gol untuk memastikan kemenangan pasukan,” katanya.