'Ayah maut dipijak gajah liar'

Lokasi dipercayai seorang lelaki orang asli maut akibat diserang gajah liar di Hutan Simpan Teresap, Emdau, Mersing pada Rabu.
Lokasi dipercayai seorang lelaki orang asli maut akibat diserang gajah liar di Hutan Simpan Teresap, Emdau, Mersing pada Rabu.
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki orang asli maut dipercayai diserang gajah liar semasa pergi memancing bersama-sama anaknya di Hutan Simpan Teresap, Endau dekat sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan itu pada jam 12.15 tengah hari yang melibatkan Din Janja, 61, mati disyaki dipijak gajah.

"Lima kakitangan telah pergi ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan bahawa Din telah meninggal dunia. Mangsa tinggal di Kampung Orang Asli Labong, Endau.

"Siasatan awal dengan anak mangsa, Endra Din, 18, memaklumkan dia dan ayahnya masuk ke Hutan Simpan Teresap lebih kurang jam 8.30 pagi untuk memancing.

"Dalam perjalanan mereka terserempak dengan seekor gajah yang secara tiba-tiba menyerang mereka, Endra sempat melarikan diri tetapi bapanya diserang gajah terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Salman berkata, anak mangsa telah mendapatkan bantuan penduduk kampung lebih kurang jam 10 pagi dan mangsa dibawa keluar hutan pada jam 12 tengah hari namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan pihak berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata, tinjauan kakitangan Perhilitan Mersing di lokasi kejadian bersama wakil orang asli mengesahkan terdapatnya kesan tapak kaki disyaki seekor gajah jantan, kesan tempat tidur gajah dan kesan pokok tumbang baharu disyaki dilakukan gajah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihak Perhilitan menasihatkan agar orang ramai yang berhasrat keluar memancing ke dalam hutan untuk lebih berhati-hati dan memastikan kawasan tersebut selamat dimasuki.

Jelasnya, untuk makluman kawasan serangan merupakan kawasan gajah-gajah liar keluar di kawasan tersebut.