Ingkar PKP: Polis NS keluarkan 1,028 kompaun

Mohamad (tiga dari kiri) ketika memeriksa sebuah kenderaan yang melalui SJR KM 10 jalan Seremban-Jelebu pada Khamis.
Mohamad (tiga dari kiri) ketika memeriksa sebuah kenderaan yang melalui SJR KM 10 jalan Seremban-Jelebu pada Khamis.
A
A
A

JELEBU - Sebanyak 1,028 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi prosidur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu sehingga Rabu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, tidak merekod nama dan tidak memakai pelitup muka adalah antara kesalahan yang banyak dikenakan kompaun.

"Bagaimanapun, pada Rabu sahaja sebanyak 39 kompaun dikeluarkan dan separuh daripada kesalahan yang dikenal pasti adalah merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

"Kali ini tiada lagi arahan berpatah balik sebaliknya mereka terus dikompaun sekiranya gagal menunjukkan surat kebenaran tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyampaikan sumbangan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Negeri Sembilan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di sekatan jalan raya kilometer 10 (Jeram Toi) Jalan Seremban-Jelebu pada Khamis.

Hadir sama Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, orang ramai terutamanya mereka yang meraikan Tahun Baharu Cina pada Jumaat diingatkan supaya mematuhi SOP agar sambutan perayaan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

" Tindakan tegas akan dikenakan bagi mereka yang ingkar terhadap SOP baharu yang diumumkan kerajaan baru-baru ini," katanya.

Artikel Berkaitan: