Trump tidak dibenarkan kembali ke Twitter

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak akan dibenarkan kembali ke Twitter meskipun jika memenangi jawatan presiden, menurut Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu Ned Segal pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

"Polisi syarikat kami sesiapa pun tidak akan dimasukkan semula selepas dikeluarkan dari platform tanpa mengira sama ada pengulas, CFO, atau bekas pegawai awam atau masih bertugas," kata Segal katanya dalam temu bual dengan CNBC.

"Perlu diingat polisi dirancang untuk memastikan pengguna tidak menghasut keganasan dan jika ada kami harus mengeluarkannya daripada perkhidmatan dan dasar kami tidak membenarkan individu itu kembali," tambahnya.

Twitter pada 8 Januari menggantung akaun Trump berikutan risiko 'melanjutkan hasutan keganasan', dua hari setelah sekumpulan penyokongnya menyerbu Capitol AS yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima kematian.

Trump didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 13 Januari dengan tuduhan 'menghasut pemberontakan'.

Beliau presiden pertama yang dua kali didakwa dalam sejarah AS. - Bernama

Artikel Berkaitan: