Inkues Adib: Air mata bomba gugur...

A
A

SHAH ALAM - Air mata pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Md Elliza Mohd Noor akhirnya gugur ketika sedang memberi keterangan dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Md Elliza yang berada di kandang saksi kelihatan menundukkan wajahnya dan menyapu air mata.

Emosi anggota bomba itu tersentuh apabila memaklumkan kepada mahkamah apabila menyedari Muhammad Adib tiada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan ERMS.

"Selepas sampai di Balai Polis USJ 8, seorang anggota memaklumkan Muhammad Adib tiada.

"Encik Badrul selaku penyelia pasukan meminta kami menghubungi Muhammad Adib malangnya tidak berjawab.

"Kira-kira 15 minit kemudian, kami menerima panggilan daripada orang awam menerusi nombor telefon Muhammad Adib memaklumkan bahawa mereka dalam perjalanan menghantar allahyarham ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)," katanya.

AKAN MENYUSUL


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia