City terus cemerlang

Jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-50 mengesahkan kemaraan City ke suku Piala FA musim ini
Jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-50 mengesahkan kemaraan City ke suku Piala FA musim ini
A
A
A

[DIKEMASKINI] KEJAYAAN Manchester City mara ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Swansea 3-1 di Stadium Liberty awal pada pagi Khamis, skuad The Cetizens itu turut mencatatkan rekod baharu buat pengendalinya, Pep Guardiola.

Menurut Guardiola, selain mencatatkan kejayaan ke-200 peribadi buat dirinya selaku pengurus City, kemenangan berkenaan turut menyaksikan kemenangan berturut-turut buat kali ke-15 skuad kendaliannya itu dalam semua pertandingan musim ini.

Malah katanya, situasi berkenaan turut menggambarkan betapa istimewanya pemain-pemain yang kami miliki dan ia membuatkan kami mula memikirkan (kemenangan) yang seterusnya.

“Kini rekod cemerlang ini adalah milik kami dan kami percaya ia (rekod) akan dapat diatasi suatu hari nanti kerana inilah bola sepak.

“Keadaan ini juga sungguh bermakna buat kami khususnya pada saat-saat sukar ketika ini yang melibatkan perayaan Krismas, musim sejuk, tetapi prestasi kami setakat ini sangat menakjubkan,” katanya.

Pada aksi awal pagi Khamis, City memperolehi gol menerusi Kyle Walker pada minit ke-30, Raheem Sterling (47), Gabriel Jesus (50) manakala Morgan Whittaker menjaringkan gol saguhati buat Swansea pada minit ke-77.

Selain mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA, City turut bakal beraksi pada final Piala Liga Inggeris yang dijadualkan berlangsung 25 April depan.

Malah ketika ini skuad The Cetizens itu turut mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan lima mata dan berbaki satu perlawanan berbanding pencabar terdekat Manchester United di tempat kedua.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Guardiola turut berbangga dengan prestasi semasa kesebelasan City yang beraksi cemerlang bagi memastikan kejayaan pasukan setakat ini.

“Semua pemain telah memberikan aksi bertenaga setakat ini dan seterusnya memastikan kita berada di puncak ketika ini.

“Apa pun yang penting kami masih mampu beraksi dengan penuh konsisten selain turut memberikan tumpuan pada setiap perlawanan yang akan diharungi,’ katanya.