Perodua rai pesakit kanak-kanak Hospital Selayang


Ketua Jurutera Eksekutif Perodua, Albert Ngu (kiri) menyampaikan peralatan sumbangan bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang, Dr Selva Kumar.
Ketua Jurutera Eksekutif Perodua, Albert Ngu (kiri) menyampaikan peralatan sumbangan bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang, Dr Selva Kumar.
A
A
A

SEMPENA sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, 10 sukarelawan Perodua dan maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 pesakit kanak-kanak selain menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan dengan gembira.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang Perodua terhadap wad pediatrik Hospital Selayang.

“Kami berharap sumbangan ini membawa semangat dan suasana Tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak serta para pekerja yang tidak dapat meraikannya di rumah kali ini.

“Pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu, kami telah menyumbang tiga beg ambu (peralatan bantuan pernafasan) dan mengedarkan hamper kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik.

“Kami sentiasa berhubung dengan pihak Hospital Selayang untuk mengetahui keperluan serta kehendak mereka sama seperti kita lakukan dengan pelanggan kami yang dihargai,” katanya.

Perodua juga menyumbang tiga unit pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan enam buah skrin mudah alih bernilai RM12,000 keseluruhannya kepada wad pediatrik.

Artikel Berkaitan: