Diserbu polis ketika sedang berhibur

Pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya yang diserbu polis pada Selasa.
Pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya yang diserbu polis pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Keseronokan sekumpulan individu berhibur di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari di sini terbantut setelah digempur polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan kira-kira jam 8.45 malam itu telah menahan 12 individu termasuk 10 pelanggan pusat hiburan berkenaan.

"Lapan pelanggan warga tempatan berusia lingkungan 30 hingga 57 tahun dikenakan tindakan kompaun RM1,000.

"Tindakan kompaun diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan) 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya yang diserbu polis pada Selasa.
Pusat hiburan di Dataran Mentari, Petaling Jaya yang diserbu polis pada Selasa.

Nik Ezanee berkata, dua lagi pelanggan iaitu wanita warga asing berusia 33 dan 38 tahun ditahan atas kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigrsen 1963.

Katanya, dua lagi individu iaitu pekerja serta pengurus premis turut ditahan untuk siasatan lanjut.

"Polis kemudian bertindak merampas 10 botol minuman keras serta tiga unit alatan elektronik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pihaknya memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun atau ditangkap di bawah peruntukan undang-undang.