Kelantan benarkan 30 peratus jemaah solat Jumaat, fardu

Tengku Mohamad Rizam
Tengku Mohamad Rizam
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 membenarkan 30 peratus kapasiti jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di semua masjid, surau dan musolla negeri bermula pada Jumaat ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenankan perkara itu seterusnya melanjutkan tempoh perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sehingga ke satu tarikh diberitahu kelak.

“Kehadiran jemaah adalah 30 peratus daripada keluasan masjid dengan penjarakan satu meter antara individu.

“Kapasiti sama juga dibenarkan bagi pelaksanaan kuliah-kuliah agama dan kelas-kelas al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Beliau berkata, SOP lain pelaksanaan bagi kedua-dua solat itu dikekalkan.

“Maik amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dan SOP hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla.

“Tindakan akan diambil jika gagal berbuat demikian. Sama-sama kita istiqamah dan yakin bahawa ALLAH SWT pasti membantu memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

Artikel Berkaitan: